:: AkTiVtI Yg DiJaLaNkN ::

:: AKTIVITI YG TELAH DIJALANKAN ::


AKTIVITI : BERMAIN FUTSAL BERSAMA-SAMA.
22 MARCH 2009
25 APRIL 2009


:: AKTIVITI YG AKAN DIJALANKAN ::

:: ChaT RooM ::

Wednesday, May 27, 2009

SEMINAR MAKANAN HALAL

......ASSALAMUALAIKUM.....

Kawan-kawan ku sekalian,

UiTM akan membuat satu seminar yang bertajuk " SEMINAR MAKANAN HALAL ".
Bertarikh 27 jun 2009 (sabtu)
Masa 8.00 pg- 5.00 ptg
Bertempat di dewan sri bestari, intekma resort & convention centre, UiTM shah alam.

OBJEKTIF seminar ini adalah:

1.Meningkatkan kefahaman pengusaha atau/dan pemilik Sijil Halal mengenai konsep halal dan pertanggungjawaban dalam menghasilkan produk yang dikatakan halal.

2.Memberikan kefahaman akan pentingnya amalan kebersihan, sanitasi dan keselamatan makanan semasa mengendalikan makanan.

3.Memberikan kefahaman penggunaan bahan tambah ke arah menghasilkan produk yang berkualiti tanpa menjejaskan status makanan yang baik dan selamat dimakan.

4.Memberi kefahaman pembungkusan dan pelabelan makanan yang betul agar ianya menjadi panduan yang betul, berfaedah dan tidak mengelirukan pengguna.

5.Memberi motivasi kepada industri makanan akan peluang, cabaran dan tindakan yang harus diambil dalam menghadapi dunia industri makanan halal yang kian mencabar.

6.Memberi kefahaman prosidur mendapatkan sijil halal dan tanggungjawab yang harus diberi perhatian oleh pemilik sijil halal.



Siapa yang perlu hadir:
1.Pengusaha Makanan
2.Pengendali Makanan
3.Perseorangan yang berminat
4.Dan lain-lain

Pengusaha makanan : RM200
Pelajar/Perseorangan : RM150


Untuk maklumat lanjut sila layari:
http://www.ined.uitm.edu.my/images/stories/PBB/pampletseminar%20makanan%20halal%203.pdf

** Kepada sesiapa yang berminat boleh lah menghubungi saudara huzaifah. Ini kerana pihak kami akan mengusahakan sedaya upaya kami untuk pergi seminar tersebut.

P/S : Siapa cepat,dia dapat.


Wednesday, May 13, 2009

Pengambilan Elaun Ditunda????

Assalamulaikum w.b.t
Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa perjumpaan untuk penyerahan cek bulan april ditunda kepada 15 Mei 2009 pada pukul 3.00 petang atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada perjumpaan ini, kaunselor yang membimbing Tuan/Puan akan hadir bersama. Tuan/ Puan adalah dikehendaki hadir pada perjumpaan ini.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan dan memerlukan cek tersebut segera, boleh la datang ke pejabat saya pada hari ini atau esok. Diminta memaklumkan terlebih dahulu melalui massage atau telefon sebelum berbuat demikian. Walaubagaimana pun Tuan/ Puan yang telah mengambil cek tersebut masih perlu hadir ke perjumpaan berkenaan.
Sekian,
Mohd Hafiz Jamaluddin
Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang.

Tuesday, May 12, 2009

Perjumpaan Untuk Elaun Bulan APRIL 2009






Assalamulaikum w.b.t



Tuan/Puan,



Berhubung dengan bayaran elaun bulan april, saya mendapat maklum balas daripada salah seorang sorang peserta tunas mekar yang meminta bayaran elaun dipercepatkan. Sehubungan dengan itu, saya telah menetapkan satu perjumpaan akan diadakan seperti butiran berikut;



Tarikh : 14 Mei 2009 (khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat tingkat 7 UiTM Permatang Pauh

Masa : 4.30 petang

Diharapkan Tuan/Puan dapat menghadirkan diri untuk tujuan tersebut.



Sekian terima kasih,



MOHD HAFIZ JAMALUDDIN

Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang