
Tuan/Puan,
Tundaan Tarikh Program Bina Keupayaan Tunas mekar
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada pekara diatas.
2. Seperti mana Tuan/Puan sedia maklum, PPNPP akan menganjurkan program Bina Keupayaan Tunas Mekar yang bertujuan memberi pendedahan berkaitan dengan bantuan-bantuan pinjaman oleh agensi yang terlibat dan juga memberi tunjuk ajar cara-cara merangka kertas kerja rancangan perniagaan yang baik.
3. Pada awalnya program ini dijadualkan pada 29 dan 30 Julai 2009. Berikutan dengan masalah yang tidak dapat dielakkan program ini akan ditunda kepada tarikh yang akan diberitahu dalam masa yang terdekat ini.
4. Walaubagaimana pun, bagi mereka yang telah siap kertas kerja dan bersedia untuk membentangkannya, Tuan/Puan boleh menghantar kertas kerja tersebut dengan segera untuk penilaian. Sebelum menghantar, sila pastikan kertas kerja telah disemak oleh kaunselor Tuan/Puan.
Sekian terima kasih.
Mohd Hafiz Jamaluddin
Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment