Saturday, August 22, 2009
Wednesday, August 19, 2009
....ElaUn...
RABU 19 ogos 2009(arini la.....) di UiTM pulau pinang.
Monday, July 27, 2009
:) SeDiM :)
Ape Kabar kwn-kwn tunas mekar ku sekalian??
Pada 26 july 2009, kami telah mengadakan satu aktiviti mandi sungai.
seramai sebelas org telah menghadiri aktiviti tersebut...
allhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sekali...
- Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir -
dibawah adalah gambar kenangan kite bersama....
( rugi sape x pegi ni....)
....sweet...
(gambar disusun dr bwh keatas)
peh....best...
lelaki duyung...hehe...
rajen nye chef kite ni...
hehehe....
Sekian...
....TQ...
-...apis , tores , pah , akmar , PuDe3N , azam , azahari , syedz , wahida , yun , kak ita...-
P/S : Jgn jeles ye sume yg x pegi....
Thursday, July 23, 2009
Tundaan Tarikh Program Bina Keupayaan Tunas mekar

Tuan/Puan,
Tundaan Tarikh Program Bina Keupayaan Tunas mekar
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada pekara diatas.
2. Seperti mana Tuan/Puan sedia maklum, PPNPP akan menganjurkan program Bina Keupayaan Tunas Mekar yang bertujuan memberi pendedahan berkaitan dengan bantuan-bantuan pinjaman oleh agensi yang terlibat dan juga memberi tunjuk ajar cara-cara merangka kertas kerja rancangan perniagaan yang baik.
3. Pada awalnya program ini dijadualkan pada 29 dan 30 Julai 2009. Berikutan dengan masalah yang tidak dapat dielakkan program ini akan ditunda kepada tarikh yang akan diberitahu dalam masa yang terdekat ini.
4. Walaubagaimana pun, bagi mereka yang telah siap kertas kerja dan bersedia untuk membentangkannya, Tuan/Puan boleh menghantar kertas kerja tersebut dengan segera untuk penilaian. Sebelum menghantar, sila pastikan kertas kerja telah disemak oleh kaunselor Tuan/Puan.
Sekian terima kasih.
Mohd Hafiz Jamaluddin
Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang
Monday, July 20, 2009
BerCuti Di SEDIM

Kepada sahabat-sahabat tunas mekar ku sekalian,
disini terdapat perancangan untuk mengadakan satu percutian di suungai sedim, Kulim Kedah.
Berikut adalah butiran lanjut :
Tempat : Sungai Sedim, Kulim Kedah.
Tarikh : 25 Julai 2009
Yuran : RM 7.00 Seorg. (MAKAN SAHAJA)
MINYAK KENE KIRA DENGAN DRIVER
Tempat Berkumpul : UITM Pulau Pinang...
Diharap sesiapa yang ingin menyertai, dapat memberitahu :
HAFIZ HASHIM - 0135190197
AKMAR - 0124143276 ( akmarhova@yahoo.com )
[SILA KOMFEMKAN KEHADIRAN ANDA SEBELUM HARI JUMAAT (24 Julai 2009) ]
Kerjasama anda semua amatlah kami hargai...
Sekian, terima kasih
-ADMIN-
...SENARAI NAMA YANG DAH KOMFEM NAK PEGI...
- PuDe3N
- HUZAIFAH
- HAFIZ HASHIM
- A. HAFIZ ( TORES )
- AKMAR
Wednesday, July 15, 2009
OoOoOoiii......ELAUN NAK MASUK
Berhubung dengan pekara yang dikemukakan, saya (EN HAFIZ) ingin mengadakan perjumpaan
pada 16/7/2009 bertempat pejabat pembangunan zon seberang perai Wisma Suria
pada pukul 3 petang.
Terdapat beberapa individu yang ceknya masih tidak dapat dikeluarkan iaitu:
1. Nur Husna Bt Mohamed Nasir (IC dan bank statement tidak dikemukakan)
2. Mohd Rarouk Rasyid Mohd Amin (IC dan bank statement tidak dikemukakan)
3. Amirul Haffiz Bin zainuddin (attandent tidak dikemukakan)
4. Muhammad Ashraf Bin Mohkhtar (attandent tidak dikemukakan)
5. Ahmad Aiman Bin Ahmad Zuki (Sedang diproses)
6. Rosaniza Bt Ismail (sedang diproses)
JGN LUPA YE.......
HARI : KHAMIS
TARIKH : 16 julai 2009
TEMPAT : PEJABAT PPN DI WISMA SURIA
BAGITAHU SEMUA MEMBE-MEMBE TUNAS MEKAR 2 PENANG YE KAWAN-KAWAN....
Sekian, terima Kasih
Wednesday, May 27, 2009
SEMINAR MAKANAN HALAL
Kawan-kawan ku sekalian,
UiTM akan membuat satu seminar yang bertajuk " SEMINAR MAKANAN HALAL ".
Bertarikh 27 jun 2009 (sabtu)
Masa 8.00 pg- 5.00 ptg
Bertempat di dewan sri bestari, intekma resort & convention centre, UiTM shah alam.
OBJEKTIF seminar ini adalah:
1.Meningkatkan kefahaman pengusaha atau/dan pemilik Sijil Halal mengenai konsep halal dan pertanggungjawaban dalam menghasilkan produk yang dikatakan halal.
2.Memberikan kefahaman akan pentingnya amalan kebersihan, sanitasi dan keselamatan makanan semasa mengendalikan makanan.
3.Memberikan kefahaman penggunaan bahan tambah ke arah menghasilkan produk yang berkualiti tanpa menjejaskan status makanan yang baik dan selamat dimakan.
4.Memberi kefahaman pembungkusan dan pelabelan makanan yang betul agar ianya menjadi panduan yang betul, berfaedah dan tidak mengelirukan pengguna.
5.Memberi motivasi kepada industri makanan akan peluang, cabaran dan tindakan yang harus diambil dalam menghadapi dunia industri makanan halal yang kian mencabar.
6.Memberi kefahaman prosidur mendapatkan sijil halal dan tanggungjawab yang harus diberi perhatian oleh pemilik sijil halal.
Siapa yang perlu hadir:
1.Pengusaha Makanan
2.Pengendali Makanan
3.Perseorangan yang berminat
4.Dan lain-lain
Pengusaha makanan : RM200
Pelajar/Perseorangan : RM150
Untuk maklumat lanjut sila layari:
http://www.ined.uitm.edu.my/images/stories/PBB/pampletseminar%20makanan%20halal%203.pdf
** Kepada sesiapa yang berminat boleh lah menghubungi saudara huzaifah. Ini kerana pihak kami akan mengusahakan sedaya upaya kami untuk pergi seminar tersebut.
P/S : Siapa cepat,dia dapat.
Wednesday, May 13, 2009
Pengambilan Elaun Ditunda????
Bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan dan memerlukan cek tersebut segera, boleh la datang ke pejabat saya pada hari ini atau esok. Diminta memaklumkan terlebih dahulu melalui massage atau telefon sebelum berbuat demikian. Walaubagaimana pun Tuan/ Puan yang telah mengambil cek tersebut masih perlu hadir ke perjumpaan berkenaan.
Tuesday, May 12, 2009
Perjumpaan Untuk Elaun Bulan APRIL 2009

Tuan/Puan,
Berhubung dengan bayaran elaun bulan april, saya mendapat maklum balas daripada salah seorang sorang peserta tunas mekar yang meminta bayaran elaun dipercepatkan. Sehubungan dengan itu, saya telah menetapkan satu perjumpaan akan diadakan seperti butiran berikut;
Tarikh : 14 Mei 2009 (khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat tingkat 7 UiTM Permatang Pauh
Masa : 4.30 petang
Diharapkan Tuan/Puan dapat menghadirkan diri untuk tujuan tersebut.
Sekian terima kasih,
MOHD HAFIZ JAMALUDDIN
Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang
Wednesday, April 29, 2009
:: SeNaRaI NaMa ::
SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM TUNAS MEKAR SIRI KEDUA PULAU PINANG YANG TELAH MENGHANTAR KEDATANGAN UNTUK BULAN APRIL 2009
1. ADLI BIN ISMAIL
2. AHMAD SAIFUDEEN ISMAIL
3. AHMAD SYAFIQ ZULKIFLI
4. AHMAD ZUKHAIRI BIN NORDIN
5. AKMAR HISHAM BIN AHMAD FAUZI
6. AMIRUL SYAFIQ ZAINUDDIN
7. HASRUL RAZHAIRIE BIN ABDUL RAHMAN
8. MOHAMMAD HAFIZ BIN HASHIM
9. MOHD HUZAIFAH OMAR
10. MUHAMMAD ASHRAF BIN MOKHTAR
11. MUSA BIN HAMDAN
12. NOORINDALINNA MOHD NOR
13. NORSHAHLIZA JAMALUDDIN
14. NUR MADIHAH SUKRI
15. SITI MUNIRAH ANWAT KHAN
16. TENGKU INTAN JUNHAZIDAH TENGKU HASHIM
Kepada sesiapa yang tidak menghantar borang kedatangan, sila berbuat demikian sebelum 30 APRIL 2009.
Jika berlaku kelewatan, elaun anda untuk bulan APRIL 2009 akan ditunda kebulan hadapan.
sekian terima kasih...
Monday, April 27, 2009
:: PanDangaN & CadaNgaN ::
Kawan-kawan ku sekalian,
Pada pukul 12.30 pm 27 April 2009, saya telah menerima panggilan daripada Ketua Penolong Pengarah. Beliau bertanyakan pandangan ahli-ahli tunas mekar 2 penang terhadap kewujudan KAUNSELOR didalam program tunas mekar 2 penang ni. Saya ingin meminta pandangan anda untuk diberikan kepada Ketua Penolong Pengarah. Saya harap saudara dan saudari dapat memberikan maklum balas dengan memberi komen terhadap post ini...
sekian,
terima kasih....
Friday, April 24, 2009
JgN LuPe!!!!!

:: AsSaLaMuAlAiKuM ::
kepada kawan-kawan tunas mekar 2 pulau pinang siri 2,
" JGN LUPE " utk fakskan borang kedatangan anda utk bulan.
Ini bagi mengelakkan berlaku kejadian yang " tidak diingini ".
Kami dari pihak admin ingin menyatakan rasa dukacita terhadap apa yang telah berlaku kepada segelintir peserta yang telah mendapat kelewatan elaun gara-gara terdapat segelintir dari kita yang lewat untuk faks kan borang kedatangan mereka.
Segala kesulitan adalah amat dikesali oleh pihak admin dan PPN.
Sila faks kan kepada butiran dibawah
Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang
No Tel: 04-2105755
No HP: 012-5961704
Faks: 04-2105733 / 04-2105744

Thursday, April 16, 2009
SeNaRaI NaMa YaNg MeNdApAt ElAuN

Wednesday, April 15, 2009
Berita Baik Tentang Alaun
Assalamulaikum
Rakan2 TM2 Penang,
Sukacipta dimaklumkan bahawa cek untuk elaun bulan Mac telah pun disiapkan. Sehubungan dengan itu, satu perjumpaan akan diadakan pada Jumaat 17 April 2009 ini pukul 3 petang bertempat Pejabat Pembangunan Daerah Seberang Perai Wisma Suria untuk penyerahan cek tersebut. Anda dikehendaki menyediakan laporan tugas yang dilakukan sepanjang bulan Mac untuk tujuan rekod PPN PP.
Anda juga diminta mengemukakan tarikh yang lain jika tarikh ini tidak sesuai untuk penyerahan tersebut.
Perhatian dan kerjasama amatlah diharapkan.
Sekian, terima kasih
Admin
TM2 Penang.
-----------TQ----------